Halaman

Jumaat, 29 Mac 2013

Jalan-Jalan Ganu Part 2


.........JaLaN-JaLaN GaNu (Part 2).......

Aku nak sambung balik cita aku kat ganu.....lebih kurang 4.30ptg tiba di masjid terapung....ni sejarah masjid terapung....bermula la kisah.....

   Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung


Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempenan nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muaraSungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.
Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Rayadirekabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.
Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas.
Masjid yang telah dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan.
Dengan gabungan hiasan taman, warna langit yang membiru, kilauan cahaya matahari dari permukaan air yang mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari Laut China Selatan, pastinya ia menjadi masjid yang paling nyaman dan mendamaikan memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus berkembang.
Sekian sejarah masjid ni.................

Jam 8.30mlm kami ke Pasar malam bersebelahan Pasar Payang..tapi sebelum tu singgah lu kat replika batu bersurat terenganu.
Replika Batu Bersurat Terengganu

gambar replika batu bersurat terengganu
Gambar Replika Batu Bersurat Terengganu dan bulan pada waktu malam



Replika Batu Bersurat Terengganu ini terletak di bulatan jalan kampung Ladang, dalam kawasan pusat bandaraya Kuala Terengganu. Lebih kurang 1km dari stesyen bas pusat. Replika ini dicipta sempena dengan Batu Bersurat sebenar yang dijumpai pada 700 tahun dahulu di tebing Sungai Tersat, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Ia dijumpai separuh tenggelam selepas surut banjir ketika itu iaitu pada tahun 1899.

Ianya adalah antara bukti kedatangan Islam suatu ketika dahulu. Ianya merupakan sebuah batu yang mengandungi ukiran tulisan paling tua iaitu tulisan jawi di Tanah Melayu ini. Batu ini dulu nya disimpan di Istana Negeri Terengganu tetapi kemudiannya dipindahkan ke arkib negara pada tahun 1960an.

Jalan-jalan di pasar malam Pasar Payang.

Yang best nya sempat bersalaman ngn menteri besar terengganu...kebetulan dia beli durian kat situ...cume tak sempat nak bergambar jer....

Night market, Kuala Terengganu

Next distination malam tu ..kami p mkan di pantai batu Burok kuala terengganu.

Pantai Timur Satay


Ni alamat saya sertakan alamat kalau nak makan kat sana....huhuuhuhuh.....
Jln. Pantai Batu Burok,
Kuala TerengganuKuala Terengganu
TerengganuMalaysia.....

boleh try la....boleh la rasanya...

saya rasa kat sini lu kot part 2....nanti saya sambung part 3.....
wassalam....







.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan