Halaman

Sabtu, 30 Mac 2013

Jalan GAnu Part 3

Moh kite sambung jalan-jalan g ganu......

Hari ahad pagi....biasala aku ni bab ingat jalan memang aku no 1 ..munkin kelebihan Allah bg memori aku mudah ingat..Syukur ....ha..ni aku nak cite.....pagi2 dah cari nasi dagang....puas mencari akhirnya jumpa gak kat kedai Nasi dagang di Pantai Batu Burok.....sementara menunggu untuk 20 bungkus nasi dagang aku ternampak la..sotong goreng tepung...tengok tu mcm sedap....Pak long aku pun order la satu...than ingat murah..bila bayar je...sekor tu ya Allah RM15...terkejut kami....xmkn dah..KFC murah g.....(peringatan sebelum makan periksa harga)



Sotong goreng tepung....harga xmunasabah......ish2...

Selesai makan kami pun bersiap-siap....maklum la..janji kul 10.30pg nak g merisik dan meminang.....
setibanya di umah bakal tunang kezen aku...ni nak share sikit gambar yang sempat aku snap....aku pun terlupa nak snap bnyak2...sb hp dah nak habis beteri...

Rombongan Cik Kiah...hehehe...


yang pakai baju hijau ni la maklong aku ...mak kepada kezen aku..Ikwani ....


yang ni pula kezen2 aku..adik2 kepada Ikwani....baju ungu belakang tu Awatif ngn Husben dia Yob,baju kuda belang tu Noratini(tunang orang) dan yang pegang bakul 2 Hazwani ......(masih belajar).......
ni la bakal bini kezen aku...Ikhwani....Kak Era......cepat2 himpun duit yer bang...........


Ni La Kezen Saya...Ikhwani...

Selesai sudah sesi merisik dan meminang....petang pula sesi jalan2 dan nak balik dah...

Dalam pukul 2.30ptg bergerak ke Pasar Payang ..al maklum la tempat shoping bagi mak2 .....sy xg pun just drob adik2 dan mak2 kat area pasar payang....

Pasar Payang Kuala Terengganu

memang ramai haritu....sesak aku rasa...munkin cuti sekolah kot....last tempat aku g ialah masjid kristal....

Masjid Kristal

tepat jam 6.30ptg berangkat pulang ....dalam perjalanan pulang kami singgah di Restoran Hirup Sup di Machang kelantan...sory gambar xsempat ambik..restoron tepi jalan..tapi best...
aku tiba di kedah lebih kurang kul3 pg..

sekian saja cuti2 di terengganu......


Kisah Budak Penjual Kuih


Mesti Baca!!! : Kisah Budak penjual Kuih

Gambar hiasan semata-mata

Mesti Baca!!! : Kisah Budak penjual Kuih | Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman.


Jumaat, 29 Mac 2013

Jalan-Jalan Ganu Part 2


.........JaLaN-JaLaN GaNu (Part 2).......

Aku nak sambung balik cita aku kat ganu.....lebih kurang 4.30ptg tiba di masjid terapung....ni sejarah masjid terapung....bermula la kisah.....

   Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung


Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempenan nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muaraSungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.
Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Rayadirekabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.
Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas.
Masjid yang telah dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan.
Dengan gabungan hiasan taman, warna langit yang membiru, kilauan cahaya matahari dari permukaan air yang mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari Laut China Selatan, pastinya ia menjadi masjid yang paling nyaman dan mendamaikan memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus berkembang.
Sekian sejarah masjid ni.................

Jam 8.30mlm kami ke Pasar malam bersebelahan Pasar Payang..tapi sebelum tu singgah lu kat replika batu bersurat terenganu.
Replika Batu Bersurat Terengganu

gambar replika batu bersurat terengganu
Gambar Replika Batu Bersurat Terengganu dan bulan pada waktu malam



Replika Batu Bersurat Terengganu ini terletak di bulatan jalan kampung Ladang, dalam kawasan pusat bandaraya Kuala Terengganu. Lebih kurang 1km dari stesyen bas pusat. Replika ini dicipta sempena dengan Batu Bersurat sebenar yang dijumpai pada 700 tahun dahulu di tebing Sungai Tersat, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Ia dijumpai separuh tenggelam selepas surut banjir ketika itu iaitu pada tahun 1899.

Ianya adalah antara bukti kedatangan Islam suatu ketika dahulu. Ianya merupakan sebuah batu yang mengandungi ukiran tulisan paling tua iaitu tulisan jawi di Tanah Melayu ini. Batu ini dulu nya disimpan di Istana Negeri Terengganu tetapi kemudiannya dipindahkan ke arkib negara pada tahun 1960an.

Jalan-jalan di pasar malam Pasar Payang.

Yang best nya sempat bersalaman ngn menteri besar terengganu...kebetulan dia beli durian kat situ...cume tak sempat nak bergambar jer....

Night market, Kuala Terengganu

Next distination malam tu ..kami p mkan di pantai batu Burok kuala terengganu.

Pantai Timur Satay


Ni alamat saya sertakan alamat kalau nak makan kat sana....huhuuhuhuh.....
Jln. Pantai Batu Burok,
Kuala TerengganuKuala Terengganu
TerengganuMalaysia.....

boleh try la....boleh la rasanya...

saya rasa kat sini lu kot part 2....nanti saya sambung part 3.....
wassalam....







.

Rabu, 27 Mac 2013

Jalan2 Terengganu Sambil Bawa Rombongan Kezen Aku pi Merisik



.........JaLaN-JaLaN GaNu (Part 1)........

Dah lama xjalan2 g terengganu ....baru ni 23-24 Mac 2013..bermula perjalanan selama 8 jam merentasi lebuh raya grik dan pantai timur...
Macam nak patah gak pinggang drive lama......
first destination umah tok aku...komboi 5 biji keta...
(gambor takda..lupa nak ambik)

 R&R Perah Gerik
..,..second destination R&R Perah Gerik...
hentian ini menyediakan pelabagai kemudahan ,surau,tempat rehat dan juga toilet(boleh singgah kalau dah tak tahan)


 R&R Titiwangsa

Titiwangsa Mountains

next destination adalah R&R titiwangsa...ni pemandangan kat atas...cantik dan menyegarkan dan sangat sejuk waktu pagi..

Alhamulillah tepat pukul 4.30ptg tiba diterengganu.....
tunggu aku sambung di part 2 nanti...banyak aku nak kongsi ketika di terengganu...
wassalam...








Buah-buahan Yang Pelik Di Dunia

Buah-buahan Yang Pelik Di Dunia 


Saya terbaca satu artikel mengenai beberapa jenis buah-buah yang sangat pelik di Dunia.













Tangan Manusia 
Buah kuning ini diberi nama buah tangan Buddha kerana buahnya terbahagi ke dalam seperti jari dan mempunyai sedikit isi. Buah ini digunakan di Jepun dan China sebagai aromaterapi di bilik tidur kerana buah ini memiliki bau seperti bau buah yang kuat. Dalam masakan Barat, buah ini angat berharga. Buah ini ditemui di Asia. 



Kiwano


Buah ini memiliki banyak nama seperti kiwano, melon bertanduk, timun bertanduk, labu lindung, melon jelly. Buah ini merupakan salah satu dari buah asli dari Afrika, tetapi ia juga tumbuh di California, Chille, Australia dan Selandia Baru. Di California, buah ini dikenali sebagai buah Blowfish. Walaupun buah ini dapat dimakan, buah kiwano ini lebih banyak digunakan sebagai hiasan makanan .




Yangmei


Yangmei adalah tanaman asli dari Asia Tenggara, terutama China. Pohon ini banyak digunakan sebagai ornamen di taman dan kebun-kebun buahan. Buah ini memiliki warna merah terang dan rasa masam manis. Di tengah-tengahnya terdapat benih/biji, dengan diameter setengah dari buahnya.




Deliciosa monstera


The monstereo, windowleaf, Mexican breadfruit, Swiss cheese plant, ceriman, fruit salad plant,monster fruit, atau apapun nama bagi buah pelik ini adalah lebih dikenali sebagai deliciosa monstera. Buah merupakan tanaman asli  dari Mexico dan Panama dan diketegerikan jenis anggur. Ketinggian pokok boleh mencapai sehingga 20 meter. Buah ini secara puratanya berukuran 25 cm, dan kelihatan seperti telinga hijau. Buah ini digunakan untuk mengubati penyakit arthritis atau gigitan ular

FESKO 2013 UiTM Kedah

Assalamualaikum...kawan2...xsempat nak update blog ...busy sikit..
FESKO....Fastival Kolej di Uitm....pada 7,8,9 / Mac / 2013
Al maklum la ...setelah setahun meninggalkan UiTM dihatiku...semua hanya tinggal kenangan....
tetapi baru2 ni PSSCMUiTM Kedah terlibat secara tidak langsung dalam FESKO....
jadi  aku pun menjoinkan (dilarang guna dlm karangan BM) diri la.....
aku kongsi sikit la gambar2 aktiviti 2..

ni gambar tukang masak..

di kuanter jualan PSSCM...



Kentang goreng...
See full size image

UiTM Di Hatiku...




sekian ,wassalam...

Khamis, 7 Mac 2013

Gunung Jerai Kedah

.....Naik Gunung...
.....Aku nak promote sikit negeri kelahiran aku.....
.....Sebulan yang lalu dalam 19 Januari 2013...setelah 9 tahun xnaik gunung jerai...
....last aku naik masa lepas SPM 2004....
......Aku nak habaq ,banyk dah berubah...dah bertambah cantik...
....macam2 ada...sebenarnya aku naik gunung ni pun.. 
...sb ada program Kembara Panglima Gunung Jerai Anjuran PSSCM UiTM KEDAH..


ni pemandangan dari puncak....laut tu...

ni taman bunga..

....ni pemandangan resort atas puncak gunung jerai...harga anak tempatan RM150...
....untung aku org kedah..org luar RM200 kot..

tengah menghayati permandangan di pagi hari...

....ni adik2 PSSCM UiTM sebelum mendaki...aku xmendaki....naik keta je...


...ni suasana dikala malam hari....tapak perkemahan....1 tapak RM10 kot...kalau xsilap....

ni aku la..dah nak balik...


......sekian.....salah satu tempat yang menarik di negeri kedah.....
..Gunung Jerai..

Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...

Tentang kereta...

salam semua....aku nak cite sikit pasal keta aku.....
bnyk benda aku belajar pasai keta aku la dari kwn aku sobri dan shahril...

ini org kata mcm jatung keta..iaitu injin..
tiap2 bulan kena cek atau kalau dah cukup masa....
makanan dia minyk injin la.,

ni dia minyak..aku minat pakai shell semi sentatik...
mahai gak la RM 95...Ups jangan lupa penapis...kena tukar gak....

setiap 5000 - 7000 kena tukar la...
kita sebagai manusia pun kena mkn makanan yg baik
untuk kesihatan..
yang ni je kot sy kongsi hrini...
wassalam

Kereta ku warna Putih...






Bapa ku pulang dari kota,
Bapa ku beli kan kereta,
kereta kecil Warna Merah (putih),
Boleh ku bawa ke sekolah...pon..pon..pon...
(lagu aku minat masa kecik-kecik dulu)

Ini keta pertama ku....dulu aku xpaham org kata pakai keta ni susah mcm ada bini....la ni baru aku tau...
semua kena jaga....sesak juga kalau dia meragam...awl bulan kena bg nafkah dah RM ***.** ........nak wat mcm ne kena pakai...kalau tak patah kaki aku...jadi aku nak cita la sikit bab2 nak jaga keta ni....tapi bukan harini la.....tunggu............

Rabu, 6 Mac 2013

Tentang aku..


Nama aku Mohd Shukri ....
Orang panggil aku Shuk....
Aku anak no 1....dalam keluarga aku ni kiranya abe long lah...
Ni gambor aku start dari kecik sampai aku 

besaq...la ni...

Gambar masa tadika....comey kan..??

waktu tingkatan 5...mcam askar ...maklum la kedet bomba..

waktu ambik Diploma...dah reti bergaya..tapi aku tak reti senyum time ambik gambar..

lepas ijazah....dah pandai senyum....smile...:-)

aku rasa takat ni lu...esok aku sambung lagi kalau ada masa...wassalam..