Halaman

Ahad, 26 Mei 2013

'Special Giveaway by Syazlia & Diana'

Watashi wa mahu menang ini hadiah,,,,

yang boleh hilang kan stress:
- 1 MP3 by Hafizah

dan yang boleh save baget:
- 2 topup RM10 by Mysara....
.....


jom join kawan...............Sayonara...

Sabtu, 25 Mei 2013

3rd Annivesarry GA Blog by Emas Putih

As-Salam


22 MAY 2013 - 05 JUNE 2013


Jumaat, 24 Mei 2013

10 Haiwan Cantik Paling Berbahaya Dalam Dunia


Haiwan merupakan antara organisma hidup yang sukar untuk diramal. Sekalipun ada yang kelihatan nampak comel dan cantik, tapi hati-hati kerana mungkin ada sebahagian mampu membunuh anda. Haiwan yang disenaraikan di bawah ini merupakan haiwan yang pernah menjadikan manusia sebagai mangsa nya, dan anda mungkin akan lebih terkejut dengan apa lagi yang mampu dilakukan oleh haiwan ini.

1. Ular Boomslang

Merupakan sejenis ular yang boleh dijumpai di hampir keseluruhan benua Afrika. Kenapa paling berbahaya? Saiz taring nya yang lebih besar berbanding ular lain menjadikannya ular yang paling berbahaya. Ditambah lagi dengan keupayaan nya untuk melihat sebaik mata manusia, (ular lain rabun sket) ular Boomslang ini mempunyai Hemotoxin yang boleh membunuh dalam masa hanya beberapa jam sahaja. Jika dipatuk, semua rongga berlubang atau sebarang bukaan yang ada pada manusia, akan mengeluarkan darah! Ngerinya..


2. Siput Cone

 
Nampak macam tak bahaya langsung kan? Dengan corak cangkerangnya yang cantik, siput ini mampu memperdayakan sesiapa sahaja. Senjata berbahaya bagi siput ini ialah sesungutnya yang mengandungi Neurotoxin yang mampu untuk melumpuhkan seorang manusia dewasa. Kemudian perlahan-lahan badan akan mula shut down, dan kesukaran untuk bernafas sehingga membawa kepada kematian. Rawatan bagi toksin yang dihasilkan oleh siput ini hanyalah dengan pemindahan darah bagi menggantikan darah yang sudah tercemar!


3. Hippopotamus a.k.a Badak Air

 
 Hippo selalu dianggap sebagai haiwan yang nampak lucu, kiut, tenang dan perlahan. Namun haiwan besar seberat 9000 pound ini juga merupakan haiwan yang sangat menjaga kawasannya. Dilaporkan setiap tahun, bilangan manusia yang mati disebabkan oleh badak air adalah jauh lebih ramai daripada jumlah yang mati disebabkan serangan haiwan Afrika keseluruhannya! 


4. Katak Dart Beracun

Katak ini memang dikenali kerana warnanya yang cantik dan menarik, tertarik, kau memang da bomb. Katak ini berbahaya kerana kulit nya yang beracun. Beberapa puak asli menjadikan bisa katak ini sebagai bahan tambahan kepada anak panah bagi memburu binatang di dalam hutan. Bisa katak ini sekalipun tidak dapat membunuh manusia pada masa itu juga, namun boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Bisa katak ini juga mampu menyerap ke dalam kulit manusia, dan lebih membahayakan bila terkena pada luka yang besar. Jenis katak dart beracun ini yang paling bahaya adalah Katak Dart Emas yang dikatakan mampu menyerap apa sahaja.
5. Ular Laut Perut Kuning
 
Ular laut ini juga merupakan antara ular yang paling cantik di dunia. Dengan warna kuning nya yang kontra dengan warna hitam bahagian atas, ular ini memiliki bisa yang sehebat seekor Cobra a.k.a Ular Tedung. Namun lebih menakutkan ialah, bisa yang dimiliki ular ini lebih pekat dan lebih bertoksik. Dikatakan juga setitik bisa ular ini mampu membunuh 3 lelaki dewasa!
6.  Sotong Kurita Cincin Biru
 
Haiwan ini selalunya akan membuatkan  penyelam-penyelam baru akan tertipu dengan keindahan warnanya. Apa yang berbisanya sotong ini? Sotong ini mengandungi bisa seperti tetrodotoxin, 5-hydroxytryptamine, hyaluronidase, tyramine, histamine, tryptamine, octopamine, taurine, acetylcholine, dan dopamine! Disebabkan tiada antivenom bagi haiwan ini, maka rawatan terbaik bagi mangsa yang terkena sengatan haiwan ini adalah CPR!
7.  Burung Hooded Pitohui
Pitohui merupakan satu-satu nya jenis kumpulan burung yang berbisa. Juga dikenali dengan nama “The Flying Venom”.  Dari mana datang bisanya? Bisa burung ini datang daripada kulit dan juga bulu pelepah nya. Juga dikatakan bisa yang terdapat pada burung Pitohui ini merupakan bisa yang paling merbahaya kepada manusia. Bagi bisa biasa, seekor tikus mengambil masa selama beberapa minit untuk mati. Namun bisa burung Pitohui ini mampu membunuh seekor tikus dalam masa hanya beberapa saat!
8.  Kala Jengking Death Stalker
 
Walaupun nampak cantik dengan warna kuning yang hampir transparent, bisa kala jengking ini sangatlah memudaratkan. Kala jengking yang suka tinggal di kawasan berpasir ini juga mampu membuatkan manusia yang terkena sengatannya, sukar untuk bernafas. Racun bisa yang ada pada kala jengking mampu memberikan kesan dahsyat kepada mangsa nya sehingga boleh membawa kematian.
9.  Ikan Buntal
 
Walaupun nampak lucu dan kiut sket-sket, tapi ikan buntal sebenarnya lebih membahayakan manusia selepas kematiannya berbanding semasa ikan itu hidup. Di beberapa tempat, hidangan ikan buntal merupakan hidangan istimewa yang menjadi idaman. Namun, Saxitoxin dan Tetrodotoxin yang terkandung dalam ikan ini, mampu membunuh manusia sekelip mata dengan menyekat saluran pernafasan.!
10. Lanomia a.k.a Ulat Beluncas Pembunuh Upahan
Sekalipun nampak kecil, namun ulat beluncas ini telah mengakibatkan banyak kematian. Dengan tubuh kecilnya, ulat ini mampu menyebabkan mangsa nya mengalami pendarahan selain daripada menghalang daripada darah untuk membeku. Ulat beluncas ini juga menghasilkan ‘darah lebam’ yang sebenarnya sudah rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik lagi. Selain darah, bisa haiwan ini turut menyerang sel manusia, serta membunuh platlet darah. Pendarahan dalaman akan berakhir dengan pendarahan luaran di seluruh organ badan mangsa! Banyak terdapat di Brazil..

Menjual Lembu ,kambing dan kerbau untuk Korban dan Akikah


Lembu Kampung
Kerbau kampung
Kambing biri-biri 

Kambing kampung



kalau berminat boleh hubungi saya....011-24353588-shuk

kawasan Sungai Petani Kedah

Perhidmatan Bas Sekolah..

Bas Baru ......kalau berminat boleh berhubung dengan saya:

011-24353588-shuk

Khamis, 23 Mei 2013

Blog terbaik....

Pakar Cinta

Ahad, 19 Mei 2013

Segmen Mini : Pencarian BlogList Bulan June by Nurul

'My First Giveaway"

Tag:

Jumaat, 17 Mei 2013

Saya Sayang Dia...

sambungan episode lepas..........

Bab 4 (cinta muka buku)

    Setiap hari mereka hanya berhubung melalui Muka Buku @ Fb .Bermula  dengan komen2 ringkas digambar...Sebenarnya Shamil tidak pernah mengenali Hanis.....hanya sekadar membalas balik ape yang dikomen oleh Hanis...dari komen bertukar chating2....boleh dikatakan setiap hari...Shamil mula tertarik Hati kepada Hanis ,baginya setelah hampir setahun hati Shamil menyepi kini telah berbunga balik. Hubungan mereka semakin rapat dan Shamil memberanikan diri meminta no hp Hanis.Pada mulanya Shamil menganggap muncuba nasib,tetapi bak kata org tua2" Untung sabut timbul ,untung batu tengelam" Hanis memberi dan mereka mula berhubung dari ke Fb kepada SMS. 
Lebih kurang mcm ni la mereka ketika Chat....


      Shamil: Hai Awk...Nak no fon leh tak..?
''
"
" selang beberapa hari"
"
"
      Hanis: nah 017....... miss call yer
"
"
"
" selang beberapa hari"
"
"
"
Shamil : Thank awk.....done miss call u...dapat x?
Hanis: Dapat.....mihmihmih

Setelah sebulan mengenali Hanis, sekali lagi kejutan yang Shamil lakukan...kali ini bakal mengubah hidup Hanis dan Shamil.Chat dia mcm ni:

Shamil : hai awk..sihat?
Hanis : ...Sihat...Alhamdulillah..
Shamil : awk selalu msj n chat ngn saya xda orang marah ker? yela karang xpasal lebam bijik mata saya..heheheeh
Hanis : Xda siapa nak marah...sy kan hak keluarga saya...awk pula xda siapa marah ker?
Shamil : xdala...heheheh...Awk...saya rasa saya dah jatuh hati kat awk..
Hanis : betul ker? knp?
Shamil : xperlu sebab sy suka awk..honestly saya cakap awk org yang membuka hati saya balik...
Hanis : betul ker?
Sahmil : Hanis sudikah menjadi kekasih hati saya...? saya dapat merasai awk pun sudah mula suka saya...
Hanis : Saya takut la awk...sebelum awk propose,ada org lain juga propose. saya xpenah bagi jawapan..saya takut kecewa...
Shamil : kita cuba yer...saya iklas dengan awk...kalau awk xcaya..sy call awk..sy propose direct terus..ok x?
Hanis : xnak la cuba awk.....kalau boleh kekal selamanya....

kring..kring..kring....Hanis terkejut...pangilan dari Shamil...pertama kali Shamil menghubungi Hanis...berdebar pun ada..Shamil memberani kan diri juga untuk memulakan kata2...

Shamil: Assalamualaikum...hai awk...
Hanis : waalaikumussalam....hai...
Shamil : awk..saya dah mula menyukai awk...sy rasa awk pun sama...awk dah buka hati saya balik..sudi kah awk menjadi pasangan saya..saya tahu kita xpernah berjumpa..sy nampak keiklasan dalam hati awk..
Hanis : betul ker awk..?
Shamil : yer awk..kalau boleh kita cuba dulu...
Hanis : xmau la cuba..sy nak kalau boleh untuk selamanya...
Shamil : sekali lagi sy propose awk..sudikah menjadi pasangan hidup saya dan mengisi kekosongan hati saya..
Hanis : Ok awk..tp janji jangan kecewakan saya tau....
Shamil : Baik awk...sy akan menjaga hubungan kita sebaik yang munkin..

pada malam itu peristiwa bersejarah bagi hidup Shamil dan juga Hanis. Cinta,sayang dipupuk walaupun tidak pernah berjumpa...APA YANG BERLAKU SETERUSNYA....??nantikan episode seterusnya..??

....cinta muka buku....

selamat membaca...........







"contest : jom main teka harga"



klik SINI untuk join

SOALAN : BERAPA RINGGIT MALAYSIA KAH HARGA KETIGA TIGA MASK DI DALAM GAMBAR DI ATAS?

JAWAPAN : RM 25 kot.....aku xpenah pakai..main teka ja...ni




TARIKH TUTUP : 25 MAY 2013 (SABTU), 11 MALAM

Khamis, 16 Mei 2013

"Mega GiveAway By Adam Faiz"


.....Assalamualaikum.....


Mega GiveAway By Adam Faiz


Selamat Hari Guru.....


Sajak buat guru-guru ku....

Selamat Hari Guru kepada....guru-guru ku di : 

1. Sek Keb ALL Saints
2.Sek Keb Seri Wangsa
3.Sek Rendah Tanjung Lalang
4. Sek Meng Agama Al-Khariah
5. Sek Meng Agama Bedong
6. Sek Meng Bedong
7. Sek Meng Teknik Sg Petani 2
8. Sek Meng Aman Jaya
9. UiTM Pulau Pinang
10.UiTM Shah Alam


jasamu sangat saya hargai....terutama Puan Fariza,Puan Nazrina, Puan Balkis, Puan Mashitah, Cikgu Lan
Cikgu Normah, Cikgu Syed dan lain2....


Selamat Hari Guru...

Rabu, 15 Mei 2013

Ubat Kurus....

Ubat Kurus.....

Sekarang banyak kita dengar produk kecantikan..terutama untuk menurunkan berat badan....aku ada terbaca artikel mengenai masalah berat badan dalam menghalang kerjaya seseorang...banyak produk dipasaran yang aku tenngok...mcm2 ada...ni antara yang famous...harga dia..toksah dok kata la 100 lebih la.....tapi belum tentu berkesan.....betoi dak...

   

ni aku nak share ,salah satu produk yang aku ambik nak maintain badan....Alhamdulillah dah turun 7Kg...
aku trai baru 1 bulan lebih...sebelum trai aku wat la sedikit kajian bahan2 dia...takut gak bab2 nak try product mcm ni...tapi produk yang aku ni berkesan sebab dia blog kuantiti makanan kita dan badan kita akan berpeluh banyak..jadi solution dia minum ayaq(air) kena bnyak la at least 3L per day..ni dia produk aku gune...Figure Up..ambik sebiji satu hari sebelum sarapan..harga x mahai..murah ja..RM 75 per botoi...


***Peringatan.....sebelum mencube mana2 produk kecantikan..buat kajian dulu..takut2 ada site effect la..ok kalau nak try product ni..boleh msj aku kat FB aku shuk_speed@yahoo.com.my xpun pm kat komen blog aku ni pun boleh...selamat mencuba.


Saya sayang dia.....

Saya sayang dia.........???

Mula-mula aku nak tanya korang...ape itu sayang..???? org putih cakap "LOVE" ....betoi ka???

Tp org melayu cakap LOVE tu CINTA.......bagai mana pula perkataan SAYANG.....?

Menurut kamus saya ...Sayang itu perasaan yang lahir dari hati...dan terbit di bibir...perkataan cinta di 

lapas...org kata cinta xboleh dipaksa...tapi boleh di pupuk....ape pendapat korang?

aku nak story kisah cinta.....kalau korang nak baca..baca la....sekadar story daripada cerita sebenar.... taju

dia.." Saya Sayang Dia"...

Bab 1

      Kegagalan  percintaan dalam hidup Shamil membuatkan dia menutup sepenuh hatinya untuk terima cinta lagi.Kekasih terakhir Shamil adalah rakan sepengajiaannya Suhaila di sebuah Universiti di Shah Alam. Kawan-kawan Shamil melebalkan Shamil sebagai "PlayBoy" kerana kerap bertukar pasangan sejak zaman diploma lagi. Di Akhir pengajiannya Shamil berkawan rapat dengan seorang gadis yang berasal dari Melaka tapi hanya pendam dihati sahaja. Pengalam yang memeritkan hati membuatkan dia takut untuk bercinta lagi. Akhirnya gadis dari Melaka itu pun tamat belajar dan Shamil masih ada satu semester la pengajian di universiti. Shamil mula rasa kekosongan dihati dan banyak menghabiskan masanya menyiapkan projek akhir sehinggala muncul seorang wanita yang berjaya menambat hati Shamil.

Bab 2

    Hanis seorang gadis kampung di sebelah utara yang merantau untuk menghabiskan pengajian di sebuah Universiti di Kuala Lumpur. Dia anak sulung dari  tiga orang adik beradik. Dia seorang yang cantik dan manis untuk mata memandang. Dia sentiasa dalam keadaan bersederhana dan seorang yang periang serta disenangi oleh kawan-kawan. Kehidupan dia pun sama seperti Shamil ,takut kepada perkataan cinta kerana kisah lama iaitu kegagalan dalam percintaan menghantui dirinya.

Bab 3

Dizaman serbah moden dan canggih ini ,perhubungan antara sesama manusia sangat cepat dan sangat mudah. Begitulah perhubungan Shamil dengan Hanis bermula..............Agak-agak la laman sosial ape mereka berhubung....? nanti kan cerita seterusnya.....







Ahad, 12 Mei 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia

Sebenarnya Saya Isteri Dia



Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?


Episode 6 , Episode 7 , Episode 8 , Episode 9 , Episode 10
Episode 11 , Episode 12 , Episode 13 , 


Selamat Hari Ibu.....


Buat Ibu Yang tersayang....Che Noraini Binti Abu Bakar...

Abg sayang Mak sangat...

I LOVE U so mucH mom.........

Lagu Untuk Ibu

mak dan abah yang tersayang......

thanks mak  yang telah mendidik dengan penuh kasih sayang supaya abg menjadi manusia yang berguna pada agama dan bangsa......abg merasa gembira melihat emak menagis kegembiraan ketika abg mendapat segulung Ijazah....terima kasih mak............xsia2 dirotan dan di marah...benar pepatah melayu...SAYANG ANAK TANGAN-TANGANKAN....


sekian dari anak mu ...

shukri