Halaman

Rabu, 15 Mei 2013

Saya sayang dia.....

Saya sayang dia.........???

Mula-mula aku nak tanya korang...ape itu sayang..???? org putih cakap "LOVE" ....betoi ka???

Tp org melayu cakap LOVE tu CINTA.......bagai mana pula perkataan SAYANG.....?

Menurut kamus saya ...Sayang itu perasaan yang lahir dari hati...dan terbit di bibir...perkataan cinta di 

lapas...org kata cinta xboleh dipaksa...tapi boleh di pupuk....ape pendapat korang?

aku nak story kisah cinta.....kalau korang nak baca..baca la....sekadar story daripada cerita sebenar.... taju

dia.." Saya Sayang Dia"...

Bab 1

      Kegagalan  percintaan dalam hidup Shamil membuatkan dia menutup sepenuh hatinya untuk terima cinta lagi.Kekasih terakhir Shamil adalah rakan sepengajiaannya Suhaila di sebuah Universiti di Shah Alam. Kawan-kawan Shamil melebalkan Shamil sebagai "PlayBoy" kerana kerap bertukar pasangan sejak zaman diploma lagi. Di Akhir pengajiannya Shamil berkawan rapat dengan seorang gadis yang berasal dari Melaka tapi hanya pendam dihati sahaja. Pengalam yang memeritkan hati membuatkan dia takut untuk bercinta lagi. Akhirnya gadis dari Melaka itu pun tamat belajar dan Shamil masih ada satu semester la pengajian di universiti. Shamil mula rasa kekosongan dihati dan banyak menghabiskan masanya menyiapkan projek akhir sehinggala muncul seorang wanita yang berjaya menambat hati Shamil.

Bab 2

    Hanis seorang gadis kampung di sebelah utara yang merantau untuk menghabiskan pengajian di sebuah Universiti di Kuala Lumpur. Dia anak sulung dari  tiga orang adik beradik. Dia seorang yang cantik dan manis untuk mata memandang. Dia sentiasa dalam keadaan bersederhana dan seorang yang periang serta disenangi oleh kawan-kawan. Kehidupan dia pun sama seperti Shamil ,takut kepada perkataan cinta kerana kisah lama iaitu kegagalan dalam percintaan menghantui dirinya.

Bab 3

Dizaman serbah moden dan canggih ini ,perhubungan antara sesama manusia sangat cepat dan sangat mudah. Begitulah perhubungan Shamil dengan Hanis bermula..............Agak-agak la laman sosial ape mereka berhubung....? nanti kan cerita seterusnya.....







Tiada ulasan:

Catat Ulasan