Haiwan merupakan antara organisma hidup yang sukar untuk diramal. Sekalipun ada yang kelihatan nampak comel dan cantik, tapi hati-hati kerana mungkin ada sebahagian mampu membunuh anda. Haiwan yang disenaraikan di bawah ini merupakan haiwan yang pernah menjadikan manusia sebagai mangsa nya, dan anda mungkin akan lebih terkejut dengan apa lagi yang mampu dilakukan oleh haiwan ini.
1. Ular Boomslang
Merupakan sejenis ular yang boleh dijumpai di hampir keseluruhan benua Afrika. Kenapa paling berbahaya? Saiz taring nya yang lebih besar berbanding ular lain menjadikannya ular yang paling berbahaya. Ditambah lagi dengan keupayaan nya untuk melihat sebaik mata manusia, (ular lain rabun sket) ular Boomslang ini mempunyai Hemotoxin yang boleh membunuh dalam masa hanya beberapa jam sahaja. Jika dipatuk, semua rongga berlubang atau sebarang bukaan yang ada pada manusia, akan mengeluarkan darah! Ngerinya..
2. Siput Cone
Nampak macam tak bahaya langsung kan? Dengan corak cangkerangnya yang cantik, siput ini mampu memperdayakan sesiapa sahaja. Senjata berbahaya bagi siput ini ialah sesungutnya yang mengandungi Neurotoxin yang mampu untuk melumpuhkan seorang manusia dewasa. Kemudian perlahan-lahan badan akan mula shut down, dan kesukaran untuk bernafas sehingga membawa kepada kematian. Rawatan bagi toksin yang dihasilkan oleh siput ini hanyalah dengan pemindahan darah bagi menggantikan darah yang sudah tercemar!
3. Hippopotamus a.k.a Badak Air
Hippo selalu dianggap sebagai haiwan yang nampak lucu, kiut, tenang dan perlahan. Namun haiwan besar seberat 9000 pound ini juga merupakan haiwan yang sangat menjaga kawasannya. Dilaporkan setiap tahun, bilangan manusia yang mati disebabkan oleh badak air adalah jauh lebih ramai daripada jumlah yang mati disebabkan serangan haiwan Afrika keseluruhannya!
4. Katak Dart Beracun
Katak ini memang dikenali kerana warnanya yang cantik dan menarik, tertarik, kau memang da bomb. Katak ini berbahaya kerana kulit nya yang beracun. Beberapa puak asli menjadikan bisa katak ini sebagai bahan tambahan kepada anak panah bagi memburu binatang di dalam hutan. Bisa katak ini sekalipun tidak dapat membunuh manusia pada masa itu juga, namun boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Bisa katak ini juga mampu menyerap ke dalam kulit manusia, dan lebih membahayakan bila terkena pada luka yang besar. Jenis katak dart beracun ini yang paling bahaya adalah Katak Dart Emas yang dikatakan mampu menyerap apa sahaja.
5. Ular Laut Perut Kuning
Ular laut ini juga merupakan antara ular yang paling cantik di dunia. Dengan warna kuning nya yang kontra dengan warna hitam bahagian atas, ular ini memiliki bisa yang sehebat seekor Cobra a.k.a Ular Tedung. Namun lebih menakutkan ialah, bisa yang dimiliki ular ini lebih pekat dan lebih bertoksik. Dikatakan juga setitik bisa ular ini mampu membunuh 3 lelaki dewasa!
6. Sotong Kurita Cincin Biru
Haiwan ini selalunya akan membuatkan penyelam-penyelam baru akan tertipu dengan keindahan warnanya. Apa yang berbisanya sotong ini? Sotong ini mengandungi bisa seperti tetrodotoxin, 5-hydroxytryptamine, hyaluronidase, tyramine, histamine, tryptamine, octopamine, taurine, acetylcholine, dan dopamine! Disebabkan tiada antivenom bagi haiwan ini, maka rawatan terbaik bagi mangsa yang terkena sengatan haiwan ini adalah CPR!
7. Burung Hooded Pitohui
Pitohui merupakan satu-satu nya jenis kumpulan burung yang berbisa. Juga dikenali dengan nama “The Flying Venom”. Dari mana datang bisanya? Bisa burung ini datang daripada kulit dan juga bulu pelepah nya. Juga dikatakan bisa yang terdapat pada burung Pitohui ini merupakan bisa yang paling merbahaya kepada manusia. Bagi bisa biasa, seekor tikus mengambil masa selama beberapa minit untuk mati. Namun bisa burung Pitohui ini mampu membunuh seekor tikus dalam masa hanya beberapa saat!
8. Kala Jengking Death Stalker
Walaupun nampak cantik dengan warna kuning yang hampir transparent, bisa kala jengking ini sangatlah memudaratkan. Kala jengking yang suka tinggal di kawasan berpasir ini juga mampu membuatkan manusia yang terkena sengatannya, sukar untuk bernafas. Racun bisa yang ada pada kala jengking mampu memberikan kesan dahsyat kepada mangsa nya sehingga boleh membawa kematian.
9. Ikan Buntal
Walaupun nampak lucu dan kiut sket-sket, tapi ikan buntal sebenarnya lebih membahayakan manusia selepas kematiannya berbanding semasa ikan itu hidup. Di beberapa tempat, hidangan ikan buntal merupakan hidangan istimewa yang menjadi idaman. Namun, Saxitoxin dan Tetrodotoxin yang terkandung dalam ikan ini, mampu membunuh manusia sekelip mata dengan menyekat saluran pernafasan.!
10. Lanomia a.k.a Ulat Beluncas Pembunuh Upahan
Sekalipun nampak kecil, namun ulat beluncas ini telah mengakibatkan banyak kematian. Dengan tubuh kecilnya, ulat ini mampu menyebabkan mangsa nya mengalami pendarahan selain daripada menghalang daripada darah untuk membeku. Ulat beluncas ini juga menghasilkan ‘darah lebam’ yang sebenarnya sudah rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik lagi. Selain darah, bisa haiwan ini turut menyerang sel manusia, serta membunuh platlet darah. Pendarahan dalaman akan berakhir dengan pendarahan luaran di seluruh organ badan mangsa! Banyak terdapat di Brazil..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan