Buah-buahan Yang Pelik Di Dunia
Saya terbaca satu artikel mengenai beberapa jenis buah-buah yang sangat pelik di Dunia.
Tangan Manusia
Buah kuning ini diberi nama buah tangan Buddha kerana buahnya terbahagi ke dalam seperti jari dan mempunyai sedikit isi. Buah ini digunakan di Jepun dan China sebagai aromaterapi di bilik tidur kerana buah ini memiliki bau seperti bau buah yang kuat. Dalam masakan Barat, buah ini angat berharga. Buah ini ditemui di Asia.
Kiwano
Buah ini memiliki banyak nama seperti kiwano, melon bertanduk, timun bertanduk, labu lindung, melon jelly. Buah ini merupakan salah satu dari buah asli dari Afrika, tetapi ia juga tumbuh di California, Chille, Australia dan Selandia Baru. Di California, buah ini dikenali sebagai buah Blowfish. Walaupun buah ini dapat dimakan, buah kiwano ini lebih banyak digunakan sebagai hiasan makanan .
Yangmei
Yangmei adalah tanaman asli dari Asia Tenggara, terutama China. Pohon ini banyak digunakan sebagai ornamen di taman dan kebun-kebun buahan. Buah ini memiliki warna merah terang dan rasa masam manis. Di tengah-tengahnya terdapat benih/biji, dengan diameter setengah dari buahnya.
Deliciosa monstera
The monstereo, windowleaf, Mexican breadfruit, Swiss cheese plant, ceriman, fruit salad plant,monster fruit, atau apapun nama bagi buah pelik ini adalah lebih dikenali sebagai deliciosa monstera. Buah merupakan tanaman asli dari Mexico dan Panama dan diketegerikan jenis anggur. Ketinggian pokok boleh mencapai sehingga 20 meter. Buah ini secara puratanya berukuran 25 cm, dan kelihatan seperti telinga hijau. Buah ini digunakan untuk mengubati penyakit arthritis atau gigitan ular
Tiada ulasan:
Catat Ulasan