Alhamdulillah...
Syukur nikmat yang Engkau Berikan Padaku kerana diberi peluang untuk menunaikan ibadah puasa pada tahun ini........
Aku Memohon semoga dengan Rahmat dan Kasih Sayang mu dapat menunaikan ibadah ini
dengan sempurna...
Saya nak kongsi sedikit informasi tentang ramadan...
Lafaz niat harian:
Lafaz niat untuk sebulan
Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya,
kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab,
seperti haid, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya,
tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut.
Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan